Month: August 2022

5 ILMU ASAS SIMPAN EMAS

Sebagai penyimpan, mari kita fahami dulu 5 ilmu asas dalam simpanan EMAS.
1️⃣ Beli EMAS mesti dapat EMAS (fizikal) yang boleh dipegang dan disimpan.
Apabila kita bercadang nak beli emas, mudah saja, kita tanyakan penjual atau agen adakah kita akan dapat emas? Ianya sama dengan apabila kita nak beli barang di pasaraya, kita beli barang dan dapat barang tersebut. Sama juga dengan emas, beli emas, dapatnya pun emas, bukannya janji-janji manis!
2️⃣ Simpanan EMAS ini simpanan jangka panjang (minimum 3 tahun), jangan beli jika nak jual bulan depan.
Kalau kita dah ada niat nak beli emas, fokus di sini emas pelaburan iaitu gold bar atau dinar, set dalam mind kita bahawa emas ini ada untuk disimpan dalam jangka masa yang panjang. Disyorkan minimum 3 tahun ya! Sebenarnya tiada masalah kalau kita nak jual dalam masa terdekat, contohnya kita beli emas pada hari ini dan menjualnya pada keesokan hari! Tiada masalah beb! Cumanya berkemungkinan besar akan rugi.
Rugi disebabkan perbezaan harga jual dan harga beli. Okay ini awak kena fahamkan berkenaan spread! Klik sini untuk ilmu pasal spread.
Kalau malas nak fikir, mudah saja, kekalkan simpan emas untuk 3 tahun pertama. Buy and forget! Insya’Allah fikiran tak runsing!
3️⃣ Simpanan EMAS tidak ada dividen, keuntungan hanya dari beli waktu harga rendah dan jual waktu harga tinggi, ‘buy low sell high’.
Ya emas tidak ada dividen beb! Macamana juga nak ada dividen? Kita beli emas dan dapat emas. Emas tu kita simpan kat rumah kita! Siapa nak bagi dividen beb?
Kalau nak untung, jual pada harga tinggi. Cumanya kita tak tahu bila harga yang tertinggi itu. Haaa kalau nak mudah, perap je emas tu dalam 3 tahun, haa lepas tu jual la ia! Gitu!
4️⃣ Beli EMAS guna duit lebihan, bukan duit yang diperlukan dalam jangka masa terdekat.
Ya, kalau ada nak pakai dalam masa terdekat, amatlah tak sesuai untuk digunakan duit tu untuk beli emas. Contohnya, duit tu kita nak pakai untuk bayar insuran kereta ke, bayar yuran anak sekolah ke, di sini apa-apa duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, amatlah tak sesuai duit tu digunakan untuk beli emas.
Simpan sajalah duit tu, dan kekalkan ia dalam bentuk tunai! Sudah!
5️⃣ Kena ada matlamat simpanan (tabung pendidikan, tabung persaraan, tunaikan haji, beli rumah / tanah) supaya ada panduan bila perlu dijual.
Matlamat simpanan penting beb! Sama macam matlamat kita hidup di dunia ni. Kalau kita tak ada matlamat, kita mungkin tak ada hala tuju. Ingat kita dihidupkan di dunia ini ada sebabnya! Kita sebagai hamba Allah ini, ada sebab kita dihidupkan di dunia ni.
Susah kalau kita tak faham apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini. Tapi kalau ada dalam kalangan kita masih pening-pening lalat, kenapa perlu adanya simpanan, ah sudah, tak payah runsing, buat je la simpanan. Buat je dulu, kefahaman akan datang kemudian! Insya’Allah!
Harga EMAS akan turun naik. Namun untuk jangka masa panjang, harga EMAS telah menunjukkan kenaikan sebanyak purata 10% setahun. Bila harga EMAS turun, tambahkan simpanan. Bila harga EMAS naik dan kita dah capai matlamat, sila jual.
Kalau dah terbeli waktu harga naik, jangan panik sebab kita simpan gram EMAS. Selagi tak dijual, kita tak rugi. Peram saja sampai harga naik semula. Ini kelebihan simpan EMAS fizikal.
Kalau ada duit lebihan, waktu harga turun sila tambah gram simpanan EMAS kita supaya dapat turunkan harga purata belian untuk setiap gram.
SIMPAN EMAS = SIMPAN DUIT
Duit tak habis kalau simpan EMAS. Kalau tak simpan EMAS, duit ada kemungkinan boleh habis.
Semoga entry ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya’Allah!

Akaun Simpanan Wang Biasa vs GAP

Akaun Simpanan Wang Biasa

✅ Bila kita depositkan duit kita dalam bank, duit itu akan disimpan dalam akaun bank.

✅ Duit yang disimpan dalam akaun bank kekal jumlahnya tapi untuk jangkamasa panjang akan susut nilainya dihakis inflasi.

✅ Duit dalam akaun bank boleh dikeluarkan melalui kaunter atau mesin ATM.

✅ Duit kita lebih mudah mengalir keluar bila kita beli barang online 

✅ Pemantauan wang di dalam akaun bank secara online dilakukan menggunakan sistem internet banking.

Akaun Simpanan Emas GAP

✅ Bila kita membeli emas di Public Gold, umpama nilai duit kita bertukar menjadi emas dan disimpan di dalam akaun simpanan emas GAP.

✅ Emas yang dikumpul dalam akaun GAP kekal jumlahnya dan kekal nilainya. Malah nilainya meningkat dalam jangkamasa panjang.

✅ Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal melalui mana-mana cawangan Public Gold.

✅ Bila kita perlu duit, kita boleh keluarkan emas itu dan pajakkan di arrahnu mengikut nilai emas semasa. Duit dapat, emas pun masih kita yang punya. 

✅ Pemantauan baki emas dalam akaun GAP boleh dilakukan secara online menggunakan portal GAP.

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!