Month: March 2023

๐Ÿฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚

Bila kita tengah ada bajet untuk simpan emas, jangan tunggu lama sangat, terus je buat belian mengikut bajet tu. Saya faham, biasanya orang menunggu ni dia mengharapkan untuk beli dengan harga yang lebih rendah.

Cumanya bila kita menunggu ni, risiko yang akan terjadi selalunya 2 dari 3 perkara ni.

1. Kita terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi disebabkan harga emas semakin menaik.

2. Bajet yang ada habis dibelanjakan, harga tengah rendah pun dah tak guna, kita hanya mampu lihat sahaja waktu tu. Akhirnya, duit tak ada, emas pun tak ada.

3. Dapat beli dengan harga lebih rendah sedikit berbanding sebelum ini.

Walaupun memang ada kemungkinan no 3 tu berlaku, tapi No 1 & no 2 memang kerap sangat berlaku jadi bagi saya, kalau tengah ada bajet, boleh terus beli ja sebab kita bukanya beli hari ini, nak jual terus esok.

Tak berbaloi kita nak tunggu harga murah seringgit dua dengan keadaan risiko no 1 & no 2 lebih besar menanti kita.

Bulan depan time ada bajet lagi, kita buat lagi benda yang sama, menunggu, itulah punca utama masalah bertahun dah kerja, tapi simpanan masih di takut lama.

Yang lebih berat lagi tiada lansung simpanan, apa sahaja pendapatan yang kita dapat, semuanya dibelanjakan. ๐Ÿ˜ฅ

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas

PERLUKAH KITA PANTAU HARGA EMAS SETIAP HARI?

Pergerakan harga emas sentiasa bergerak turun dan naik setiap masa, tidak perlu untuk pantau harga emas setiap masa jika nak mula simpan emas.

Sifu emas saya pesan untuk menjadi penyimpan emas yang berjaya kita cuma perlu tengok harga emas pada dua waktu sahaja; waktu nak beli dan waktu nak jual.

Jika harga emas pada waktu itu rendah, kita akan dapat banyak gram dan jika waktu itu tinggi, kita akan dapat kurang gram.

Selain dari dua waktu itu tidak digalakkan untuk tengok harga emas, tidak perlu bazir emosi tengok turun naik harga emas.

Adakah lebih baik kita manfaatkan masa yang ada buat kerja cari duit untuk tambah lagi gram emas, harga emas turun atau naik berapa banyak pun tiada masalah.

Pergerakan harga emas turun dan naik memberikan banyak peluang kepada penyimpan, pelabur dan penjual untuk membuat untung dengan emas.

Bila harga emas naik, inilah peluang kepada orang yang dah lama melabur sejak 4-5 tahun lepas untuk mendapatkan untung.

Bagi orang yang baru mula nak melabur dalam emas hari ini, peluang nak buat untung akan datang lagi 4-5 tahun akan datang.ย 

Secara amnya harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang, jika kita sudah terlambat untuk โ€˜beli rendah jual tinggiโ€™, boleh cuba untuk โ€™beli mahal jual lebih mahalโ€™. Mudah kan?

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Insyaallah.