siapa saya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Terima kasih kerana melawat blog saya ^_^
Profail
Saya Hawa penulis blog hawahussin.wordpress.com sejak tahun 2013. Saya berasal daripada Negeri di Bawah Bayu, iaitu Sabah, membesar dan mendapat pendidikan awal di sana. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di UiTM dalam bidang Farmasi.
Setelah tamat pengajian diploma, saya mendapat tawaran bekerja sebagai Penolong Pegawai Farmasi U29 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, sekarang dah tukar nama Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Cheras, Kuala Lumpur. Semasa bekerja saya melanjutkan pelajaran, di peringkat Sarjana Muda Sains (Biologi) melalui Pengajian Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia.
Bermodalkan Ijazah Sarjana Muda yang saya ada, saya berjaya mengupgrade kerjaya saya daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan pengurusan dan professional. Saya mendapat tawaran bekerja sebagai Pengajar U41 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Saya mengajar subjek Biologi, Farmakologi, Farmaseutik, Pembangunan Kesihatan dan Mikrobiologi Farmaseutik.
Saya menulis blog seawal tahun 2000 lagi, bermula dengan blogspot, isinya cuma cerita berkenaan pengalaman hidup sahaja cumanya blog itu sekarang dah tak aktif dan saya dah remove. Tahun 2013 barulah saya bermula dengan blog wordpress ini, memandangkan saya lebih selesa dengan wordpress.
Mulanya saya menceburkan diri dalam perniagaan apabila mendapati keadaan usia yang semakin meningkat tetapi masih belum memiliki rumah. Alasan saya kenapa saya lambat membeli rumah kerana saya tiada modal yang cukup untuk membayar wang muka (deposit). Tambahan pula selama saya bekerja, saya tak reti nak menyimpan duit.
Agen Unit Amanah Public Mutual
Maka disebabkan itulah saya mula mencari alternatif untuk mendapatkan sumber kewangan lebih. Saya mula mencari maklumat dan menambahkan ilmu berkenaan pengurusan kewangan dan pendapatan sampingan melalui internet dan blog. Saya bermula dengan menceburkan diri sebagai agen unit amanah kerana disamping saya boleh menyimpan, (sebab kesedaran menyimpan duit dah timbul,,,) saya juga dapat membantu ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain untuk menyimpan sekaligus membuat pelaburan.
Pengguna Simkad Tone Excel
Oleh kerana kekangan masa untuk bergiat aktif sebagai agen unit amanah, disebabkan terpaksa bekerja lebih masa di hospital, saya masih mencari dan mengkaji perniagaan yang lain sehinggalah saya menjumpai bisnes simkad. Maka, saya dah menjumpai satu lagi instrumen yang membolehkan duit saya bekerja selain daripada pelaburan. Hanya guna simkad seperti biasa dan ianya tidak mengganggu kerja harian saya.
Agen Pelancongan Bahtera Kembara Holidays
Tahun 2017 juga, saya menjadi agen pelancongan Bahtera Kembara Holidays dan telah menghadiri kursus selama 3 hari 2 malam. Siapa yang tak suka melancong? Hmm, saya suka! Alang-alang melancong, terus biar jadi ahli. Melancong FREE, siapa yang tak suka?
Program Affiliate
Saya juga sedang mempromosikan produk affiliate contohnya Tagter.com (produknya ialah perkhidmatan pasang Streamyx dan Unifi).
Saya Seorang Sahabat
Melalui blog ini, saya akan cuba kongsikan pengalaman-pengalaman dan juga tips-tips berkaitan ilmu bisnes yang sedang saya jalankan, pengurusan kewangan dan kepentingan menyimpan emas.
Sekali lagi terima kasih kerana menziarahi blog hawahussin.wordpress.com yang tak seberapa ni. Kalau ianya bermanfaat, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
Wallahu a’lam.
Siti Hawa Binti Hussin
Ke Arah Kebebasan Kewangan
Say NO to HUTANG JAHAT!
=========================================================================
“Duit kita adalah ibarat kerbau kita.
Jangan simpan kerbau kita di dalam kandang! Kerbau kita mesti bekerja di bendang.
..
Jangan simpan duit kita di bank. Keluarkan. Belanjakan. Laburkan. Biar duit kita bekerja. Baru duit kita dapat menjadikan kita lebih kaya…”
Petikan ayat Puan Ainon Mohamad (Penulis buku motivasi, PTS Publication)
P/s: Bukanlah menjadi tujuan hidup saya untuk menjadi kaya raya, mata duitan, gila duit, gila dunia, tetapi cukuplah sekadar mencapai kebebasan kewangan atau financial freedom dan hidup bebas tanpa hutang-hutang jahat. Semoga dipermudahkan, Aaaminnn!