𝟮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝟯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂

Bila kita tengah ada bajet untuk simpan emas, jangan tunggu lama sangat, terus je buat belian mengikut bajet tu. Saya faham, biasanya orang menunggu ni dia mengharapkan untuk beli dengan harga yang lebih rendah.

Cumanya bila kita menunggu ni, risiko yang akan terjadi selalunya 2 dari 3 perkara ni.

1. Kita terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi disebabkan harga emas semakin menaik.

2. Bajet yang ada habis dibelanjakan, harga tengah rendah pun dah tak guna, kita hanya mampu lihat sahaja waktu tu. Akhirnya, duit tak ada, emas pun tak ada.

3. Dapat beli dengan harga lebih rendah sedikit berbanding sebelum ini.

Walaupun memang ada kemungkinan no 3 tu berlaku, tapi No 1 & no 2 memang kerap sangat berlaku jadi bagi saya, kalau tengah ada bajet, boleh terus beli ja sebab kita bukanya beli hari ini, nak jual terus esok.

Tak berbaloi kita nak tunggu harga murah seringgit dua dengan keadaan risiko no 1 & no 2 lebih besar menanti kita.

Bulan depan time ada bajet lagi, kita buat lagi benda yang sama, menunggu, itulah punca utama masalah bertahun dah kerja, tapi simpanan masih di takut lama.

Yang lebih berat lagi tiada lansung simpanan, apa sahaja pendapatan yang kita dapat, semuanya dibelanjakan. 😥

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *