Dinar sebagai Emas Kahwin
Saya menerima feedback ramai dari kalangan anak muda yang mahu mengumpul 1 Dinar untuk persediaan perkahwinan mereka.
Ada yang masih belajar dan ada yang baru bekerja dan merancang untuk berkahwin.
Saya ucapkan tahniah kepada ramai yang dah nampak bahawa untuk simpanan jangka panjang, simpanan emas lebih menguntungkan lagi dari simpanan dalam bentuk matawang (duit).
Ramai yang memperakui sekiranya mereka simpan duit, ia takkan lekat dan akan sentiasa diguna untuk perkara-perkara lain.
Bukan itu saja yang paling merugikan ialah by the time nak kahwin, walaupun jumlah duit itu banyak tapi nilainya dah menyusut.
Apa jadi?
Duit masih tak cukup untuk menampung perbelanjaan perkahwinan.
Ramai juga yang terkejut, simpanan emas mereka lebih dari apa yang mereka rancangkan.
Inilah yang diperkatakan aura emas! Tak percaya cuba dulu, baru faham.
Cadangan saya adalah lebih baik jika tukarkan maskahwin kepada emas seperti pasangan ini (lihat gambar).
Antara manfaatnya;
1. Memberi aset lebih menguntungkan dari memberi liability. Emas adalah aset, ia kategori aset kerana nilainya meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya. Bayangkan orang membeli emas masa harga RM35/g. Nilainya sudah berganda sekarang.
2. Kebiasaanya maskahwin yang diberi secara tunai, akan ditukarkan juga kepada emas sebagai kenangan dan untuk lebih bertahan. Jika ditukarkan pada masa itu ia akan mengikut harga emas semasa ketika itu. Jadi, sekiranya merancang untuk berkahwin beberapa tahun hadapan rugilah cara ini.
Jadi lebih untung jika kita mulakan awal dan mengumpul ketika harga masih rendah daripada kita membeli 3 atau 5 tahun akan datang. Betul tak?
3. Maskahwin dalam bentuk emas lebih menguntungkan kerana ia juga boleh jadi backup ketika memerlukan wang kecemasan.
Boleh menjadi penyelamat dengan cara menggadai emas dan kemudian ditebus balik sekiranya keadaan kewangan balik kepada normal.
4. Harga meningkat dalam tempoh jangkamasa panjang.
‼️Tahun 2009 harga 1 Dinar sekitar RM 490
‼️Tahun 2023 harga 1 Dinar sekitar RM 1,300
Nampak tak? kita pun nak menyimpan maskahwin sebagai kenangan. Jadi pilihan yang bijak ialah simpan dalam bentuk yang nilainya berkembang dan emas 999.9 lebih menguntungkan. Emas 999.9 1 Dinar paling popular dan mampu milik.
Bila dah kahwin nanti, dah faham kelebihan emas, boleh continue menyimpan untuk mempercepatkan belian rumah pertama.
Kenapa saya kata cepat? Bila emas yang kita simpan nilainya meningkat cepat lagi lah kita dapat capai matlamat.
Kalau simpan duit, nilainya menyusut, dan anda akan rasa terkejar-kejar, duit dah lama simpan, angkanya mungkin dah besar, tapi masih tak cukup-cukup.
Share posting ini dengan pasangan anda dan juga kawan-kawan yang lain supaya sama-sama dapat manfaatnya.
Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!