NAK BELI EMAS DENGAN DUIT APA?

1) Duit gaji bulanan yang kita peruntukkan setiap bulan untuk tabungan emas. Katakan 10% atau 20% setiap bulan, maka dengan duit itu kita beli emas.

2) Duit simpanan kita. Contohnya kita memiliki simpanan tunai RM100,000 dan kita baru sedar kita tidak miliki emas. Boleh peruntukkan sebahagian simpanan kita dalam bentuk emas. Cadangan saya dalam 10-30% tukar kepada emas.

3) Wang bonus tahunan. Wow kalau dapat dua bulan gaji, tiga bulan gaji meriah kan? Simpan sebahagian dalam bentuk emas. Jika tidak dirancang dengan baik, pasti habis begitu saja.

4) Wang dari langit. Ini maksudnya wang yang tidak dijangka dan tidak disangka-sangka. Umpamanya wang moratorium atau pengeluaran KWSP. Ramai buat cara ni dulu, tukar kepada emas. Yang penting ada kesedaran dan kemahuan.

5) Untung niaga harian atau mingguan kita asingkan dan simpan. Hujung bulan tukar kepada emas.

6) Nafkah diri atau wang pemberian suami. Bagi suri rumah, boleh peruntukkan sebahagian kecil untuk simpanan emas. Contohnya dengan simpanan emas GAP serendah RM100.

7) Untuk pelajar, peruntukkan sebahagian wang biasiswa atau pinjaman pelajaran. Tak dapat banyak, RM100 setiap bulan pun dah cukup bagus. Jika konsisten selama pengajian 3-5 tahun pasti akan nampak hasilnya. Habis belajar dengan miliki simpanan adalah lebih bergaya.

8) Duit syiling yang kita simpan selama satu tahun, bolehlah tukar kepada emas. Begitu juga dengan not hijau atau not oren. Dicadangkan tidak simpan wang kertas terlalu lama. Kita bekukan nilai dalam bentuk emas.

9) Duit baby baru lahir atau duit raya anak, kita tukar kepada emas. Jadikan tabungan emas mereka.

10) Jika kita adalah seorang dealer Public Gold, beli emas dengan komisen yang diperolehi setiap bulan. Peruntukkan untuk beli emas. Dari Public Gold kembali kepada Public Gold, gram emas kita terus bertambah.

Semoga ianya bermanfaat.

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!


Bagi yang nak bermula, klik link ni bit.ly/DaftarKempenSimpanEmas. Saya bantu sebaiknya. #NotaEmasDanKewanganHawa 

Leave a Comment

Your email address will not be published.