Pengalaman Pertama Membeli Emas GAP Public Gold

timetable, paper, ruler-3222249.jpg

10 Februari 2021

Artikel asal di tulis di blog saya hawahussin.wordpress.com.

Assalamualaikum dan salam sejahteraย ๐Ÿ˜‰

Alhamdulillah, hari ini secara official menjadi penyimpan emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Apa itu GAP? Saya ada kongsikan info berkenaan GAP dengan lebih detail lagi di sini . Entry ni saya nak berkongsi pengalaman pertama beli emas GAP ni.

Apakah yang membuatkan saya terjebak dengan GAP Public Gold ni?

Sebenarnya, saya dah lama berminat dengan emas pelaburan ni. Sejak saya berkecimpung dengan dunia mengurus kewangan ni lagi. Anggaran dalam tahun 2013, masa saya mula-mula menulis blog ni.

Gold bar pertama saya beli pada tahun 2013 tapi bukan melalui Public Gold, waktu tu nama Public Gold masih asing lagi bagi saya.

Perasaan bila dapat gold bar tu, huh, hanya Allah saja yang tahu betapa bahagianya haha. Hanya yang pernah melaluinya saja yang faham perasaan saya masa tu.

Gold bar tu saya masih simpan sehingga ke hari ini. Harga masa saya beli RM160 per gram. Hari ini saya membeli emas GAP RM263 per gram. Kenaikan harga 64% dalam masa 8 tahun.

Jadi, berbalik kepada soalan apakah yang membuatkan saya terjebak dengan benda alah GAP ni!

Ha, sebabnya kesedaran menyimpan emas tu merasuk balik oleh kerana trend harga emas dah menurun buat masa sekarang ni. Jadi saya pun gunakan lah peluang yang ada.

Dan hari ini saya dah berjaya membuka akaun GAP. Kenapa mesti GAP Public Gold eh?

Okay nak story lagi, previously saya pernah membuka akaun emas di Public Bank dalam tahun 2013 juga. (Hello, Public Bank dan Public Gold ni entiti yang berlainan eh, jangan ingat adik beradik pulaย ๐Ÿ˜…) .

Saya membuka akaun emas melalui Public Bank ni sebab saya tak nak simpan emas banyak-banyak di rumah saya. Saya prefer ada khidmat tolong simpankan emas saya.

Akaun emas Public Bank ni senang cakap macam ni la, kita beli emas dan dapat statement berapa jumlah emas pelaburan kita. Dan emas tu konon-kononnya pihak bank yang pegang.

Pada masa tu tak ada kesedaran lagi berkenaan menepati syariah ke tak. Jadi saya buka aje lah akaun emas tu.

Bila dah ada pengetahuan berkenaan emas yang patuh syariah, barulah saya tutup terus akaun emas tu.

Tak patuh syariah sebab kita membeli emas, tapi emas tu tak pasti ada ke tak ada, hanya pada kertas sahaja, jadi di situ timbul syak, jual beli emas yang tidak jelas.

Selesai cerita tutup akaun emas Public Bank tu. Lepas tu tak ada dah saya membeli emas. Apatah lagi emas perhiasan. Sebab sehingga ke hari ini saya masih belum menyimpan minat mengumpul emas perhiasan!

Okay berbalik pada persoalan kenapa terjebak tu eh

Haha, tak payah nak kusyuk sangat eh, p minum air dulu, panjang lagi perjalanan cerita ni!

Okay, saya kenal GAP ni melalui seorang blogger, En. Mohd. Zulkifli nama beliau.

Melalui blog beliau lah saya berjaya menambah ilmu berkenaan emas.

Saya kenal istilah GAP pun dari blog beliau and to make a long story short, akaun emas GAP ni kena pada selera saya iaitu nak memiliki emas dalam masa yang sama tak nak pegang sendiri dan ianya patuh syariah. Done!

Haha, itulah kisah saya bermula dengan GAP. Lagipun memang sangat kena juga dengan selera saya, ianya boleh dilakukan 100% online.

Saya memang kalau boleh semua nak online jeย ๐Ÿ˜….

Oh ya akaun emas GAP dipantau oleh panel syariahย https://amanieadvisors.com.

Sijil Patuh Syariah Emas Public Gold

Jadi bila dah ada sijil patuh syariah yang dikeluarkan oleh panel yang bertanggungjawab, jadi sebagai hamba Allah, kita harus yakin dengan panel yang diamanahkan dan ketelusan jual beli emas Public Gold.

Sama juga dengan makanan atau produk yang mendapat pensijilan halal. Kita sebagai pengguna, nampak je logo halal JAKIM, terus kita yakin dengan makanan atau produk tu, tak gitu?

Okay, jadi begitulah kisah saya terjebak. Insyaโ€™Allah saya akan consistent menabung emas GAP saya setiap bulan. Insyaโ€™Allah genap setahun menyimpan, dah ada 12 gram.

12 gram ni angkanya memang nampak sikit, tapi tunggu lagi 8 tahun dari sekarang, dengan merujuk kisah saya tadi, jumlah kenaikan peratus emas tahun 2013-2021 (8 tahun) = 64%

Jadi kalau kenaikan 64%, 8 tahun dari sekarang, tahun 2029, harga emas RM431 per gram. Haha, besarnya angka ni, tunggu lagi 8 tahun untuk tahu betul ke tak saya punya prediction ni haha.

Oh ya harga emas di entry saya ni SEMUANYA merujuk kepada emas 999 eh! Bukan emas 916 tuh! Jadi jangan salah faham harga pulaย ๐Ÿ˜‚. Kalau tak faham emas 999, nama lain dia emas 24 Karat!

Okay, inilah pengalaman pertama saya membeli emas GAP. Saya berharap pembaca entry kali ini dapat manfaat dari perkongsian pengalaman saya ni. Sampai kita ketemu dilain entry. Bye for now!

โ€”โ€”โ€”-

Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *