Pergerakan harga emas sentiasa bergerak turun dan naik setiap masa, tidak perlu untuk pantau harga emas setiap masa jika nak mula simpan emas.
Sifu emas saya pesan untuk menjadi penyimpan emas yang berjaya kita cuma perlu tengok harga emas pada dua waktu sahaja; waktu nak beli dan waktu nak jual.
Jika harga emas pada waktu itu rendah, kita akan dapat banyak gram dan jika waktu itu tinggi, kita akan dapat kurang gram.
Selain dari dua waktu itu tidak digalakkan untuk tengok harga emas, tidak perlu bazir emosi tengok turun naik harga emas.
Adakah lebih baik kita manfaatkan masa yang ada buat kerja cari duit untuk tambah lagi gram emas, harga emas turun atau naik berapa banyak pun tiada masalah.
Pergerakan harga emas turun dan naik memberikan banyak peluang kepada penyimpan, pelabur dan penjual untuk membuat untung dengan emas.
Bila harga emas naik, inilah peluang kepada orang yang dah lama melabur sejak 4-5 tahun lepas untuk mendapatkan untung.
Bagi orang yang baru mula nak melabur dalam emas hari ini, peluang nak buat untung akan datang lagi 4-5 tahun akan datang.
Secara amnya harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang, jika kita sudah terlambat untuk ‘beli rendah jual tinggi’, boleh cuba untuk ’beli mahal jual lebih mahal’. Mudah kan?
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Insyaallah.