Untung Ke Simpan Emas?

1. Untung bila ada kenaikan harga emas

Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 20 tahun yang lepas, harga segram emas hanyalah RM30. Sekarang ini pula, harga emas ialah sekitar RM 270 – RM 285 segram.

2. Untung pertambahan gram emas bila harga menurun

Emas kan harta. Bila harga turun, kita boleh beli lebih banyak gram dengan harga yang lebih murah. Pemurataan kos pun boleh berlaku.

3. Untung bila duit tidak habis

Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit kita menjadi emas. Kita bukan beli barang habis pakai buang. Emas kekal di tangan kita dan tiada tarikh luput.

4. Untung bila naluri berbelanja dapat dirawat

Bila kita simpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas. InsyaAllah, sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen dari pendapatan kita.

5. Untung bila terdesak, emas boleh bertukar menjadi duit kecemasan

Hanya emas yang senang beli, mudah urus, boleh digadaikan & memiliki tahap kecairan paling tinggi.

6. Untung dari sudut ketahanan terhadap inflasi

Harga emas turun naik secara jangka pendek. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula secara signifikan. Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali.

Semoga bermanfaat 🤗

Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link di bio profile saya. Percuma saja kawan!

#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *