Pelaburan Emas

TIPS MENGESAN EMAS TULEN PALING BASIC

Jika nak lebih tepat, bawa la ke ar rahnu untuk menguji ketepatangnya

1. Letakkan magnet berhampiran dengan barang kemas atau pon gold bar. Jika ia melekat pada magnet, atau terasa tarikan pada magnet itu, maka ianya adalah palsu. Emas tulin tidak sesekali melekat pada magnet!

2. tengok pada bahagian cangkuk barang kemas anda. Biasanya emas tulin akan ditulis mutu (916,835,750 dsb) dan juga ada cop kilang.

3. Kalau ada tanda macam GP itu bermaksud gold plated.

4. Cuba bengkokkan kepingan emas anda. Jika bengkok bermakna ianya tulin. Boleh cuba dengan barang kemas juga. (Sifat emas adalah lembut.)

5. Cuba gigit lembut emas tu. kalau ada rasa lembut dan kesan gigi maka most probably emas itu ialah tulin.

6. Jika ada terdapat red dot atau red spot pada emas anda, besar kemungkinan ialah emas tulin sebab emas tulin akan menghasilkan chemical reaction.

7. Sifat emas ialah tidak mempunyai bau. Cuba gosokkan emas pada seluar anda dan cuba bau. Kalau itu besi maka ia akan berbau busuk seperti bau besi duit shiling. Cuba gosokkan duit shiling 50 sen lama dan shiling emas. Akan dapat bezanya.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMATKAN EMAS ANDA

Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link di bio profile saya. Percuma saja kawan!

#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas

emas boleh menjadi insurans kekayaan.

Guru emas saya pernah beritahu, salah satu kelebihan emas adalah ia boleh menjadi insurans kekayaan.

Apa maksudnya?

Maksudnya, ia membolehkan anda kekal kaya walaupun dalam situasi extreme.

Sebagai contoh, jika anda simpan emas di rumah. Jika berlaku kebakaran… semua harta benda akan musnah kecuali emas. Walapun takat lebur emas adalah 1063 Celcius, namun emas yang lebur tidak hilang nilainya gais.

Emas juga tidak boleh dimusnahkan. Jika tanam dalam tanah ia tidak reput, masuk laut pun ia tetap bertahan.

Nilai emas ada pada dirinya sendiri. Sebab itu jika anda beli emas kat mana-mana tempat sekali pun, anda tak perlu risau jika kedai tersebut gulung tikar. Emas anda tetap bernilai.

Ini berbeza dengan kekayaan dalam bentuk kertas. Ia hanya bernilai jika mempunyai sokongan daripada institusi yang mencipta kekayaan tersebut.

Contoh, Unit Trust bernilai selagi mana company unit trust tersebut wujud. Saham hanya bernilai selagi mana syarikat tersebut wujud. Wang kertas hanya bernilai selagi mana kerajaan yang mengeluarkan duit tersebut wujud.

Dalam situasi extreme seperti peperangan, anda terpaksa tinggalkan kekayaan dalam bentuk rumah dan tanah. Tak boleh bawa lari.

Namun anda boleh bawa emas bersama-sama anda dan lari kemana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia pasti diterima oleh manusia lain sebagai benda bernilai.

Emas, jika di dalam bentuk barang kemas, ia adalah harta kekayaan yang boleh dipakai dibadan.

Sejak 6000 tahun manusia mengiktiraf emas ada nilai. Dulu, kini dan selamanya.

Sekiranya anda tahu fakta ini. Saya pasti anda akan simpan emas dengan penuh ilmu. Orang yang simpan emas dengan ilmu, dia akan beli dan simpan dengan senyuman.

Begitulah katanya.

Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link di bio profile saya. Percuma saja kawan!

#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas

Ada Apa Dengan 1 Gram Emas Yang Pertama?

1 gram pertama amat penting untuk kita ada ‘benchmark’ harga, selagi kita belum mula simpan emas selagi itulah kita akan fikir emas itu mahal.

Bila dah ada benchmark harga, baru kita tahu emas sekarang murah atau mahal. Pada tahun 2000, orang tetap kata emas mahal walaupun harga emas waktu tersebut cuma RM30 per gram!

Bagi orang yang mula simpan emas tahun lepas harga RM300 per gram, harga hari ini adalah murah. Bagi yang mula simpan emas pada 6 tahun lepas harga RM150 per gram, harga hari ini adalah mahal.

Mahal atau murah harga emas tidak sama untuk setiap orang, bila dah mula simpan baru kita akan faham maksud mahal atau murah harga emas.

1 gram boleh jadi simpanan, konsisten kumpul #satugramsatubulan genap setahun dah ada 12 gram. Fokus pada gram bukan pada harga, insyaallah genap setahun capai target 12 gram.

1 gram juga boleh jadi titik permulaan untuk kita kenal syarikat emas yang kita berurusan, bila dah yakin barulah boleh melabur beratus-ratus gram emas dengan tenang.

1 gram juga boleh dijadikan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan emas, borong beratus keping 1 gram dan jual untuk dapat untung jual beli emas.

Nak untung banyak kena ada banyak keping 1 gram, kalau ada macam-macam edisi 1 gram lagi berpotensi untuk untung maksimum.

Untung jual 1 gram memang tak sama dengan untung jual 100 gram, untung 1 gram edisi classic tak sama dengan untung 1 gram edisi YDPA.

Salah satu keunikan simpan emas adalah boleh ‘rolling’ simpanan emas sementara tunggu harga emas naik, kiranya dapat untung 2 dalam 1; untung niaga dan untung kenaikan harga emas.

Itulah potensi keuntungan simpanan 1 gram yang kita boleh dapat, 1 kg emas bermula dari 1 gram pertama. Mula simpan dengan 1 gram jauh lebih baik dari tiada simpanan langsung!

Nak simpan emas 1 gram hari ini amatlah mudah, dengan bajet serendah RM100 hari dah boleh kumpul gram emas dalam akaun simpanan (GAP) dan keluarkan emas fizikal bila dah cukup gram.

Saya cuma kongsikan keuntungan yang saya dapat dengan 1 gram emas, dengan kaedah yang betul 1 gram tetap boleh jana keuntungan yang banyak

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Insyaallah.

Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link di bio profile saya. Percuma saja kawan!

#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas

Saya nak kaji dulu pasal emas. Nanti saya beritahu semula ya!

Ini antara penolakan normal yang saya terima daripada sahabat atau prospek saya.

Sebenarnya banyak lagi contoh penolakan.

Saya senaraikan contoh-contoh penolakan biasa mengikut pengalaman saya :

1. Balik bincang dengan Isteri/Suami.

2. Duit ada di Bank. Kena pergi bank.

3. Duit ada di ASB. Kena keluarkan dulu.

4. Takut simpan emas nanti kena curi.

5. Harta sudah banyak.

6. Belum mampu sebab mahal.

7. Dan lain-lain.

Kawan-kawan,

Untuk kita faham sesuatu perkara, kita kena mulakan dulu.

Apabila kita sudah mula, kita akan lebih mudah untuk faham sesuatu.

Dalam dunia emas, lebih lama kita kaji, harga emas lebih tinggi. Harga emas tidak pernah menunggu kita. 

Tahun 90an, harga 1 kilo emas emas sekitar RM30 ribu.

Tahun 2021, harga 1 kilo emas pula sekitar RM250 ribu.

Perbezaan sekitar RM220 ribu.

Adakah kita boleh dapat semula harga 1 kilo RM30 ribu itu?

Sudah semesti Jawapannya TIDAK. 

Harga tersebut telah pun menjadi sejarah. Sama juga situasi sekarang.

1 kilo emas hari ini sekitar RM250 ribu.

Dalam tempoh  10-20 tahun lagi, kita akan lihat pergerakan dan perubahan harga yang sangat besar. Sejarah baru pula akan dicatatkan.

Ketika itu, kita akan bercakap satu perkara iaitu,

“Ruginya tak beli emas dulu”

Kita akan sebut-sebut tentang rugi.

Rugi tak mulakan simpanan emas.

Rugi tiada simpanan emas.

Rugi bazirkan masa.

Rugi dengar cakap kawan yang halang simpan emas.

Rugi.

Rugi

Rugi.

Nampak? 

Sengaja saya ulang banyak kali perkataan rugi itu supaya kita sedar sekarang dan bukannnya sedar pada masa akan datang.

Tahniah kepada yang dah mulakan simpanan emas.🥳👏🏻

Tahniah juga yang baru mula “Terfikir” untuk mulakan simpanan emas. 🥳👏🏻

Jangan kaji, tetapi ambil tahu.

Jangan lihat, tetapi mula.

It’s now or never!

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H / 2022.

Apa perlu dilakukan sempena Aidilfitri tahun ini?

Alihkan Duit Raya Anak-Anak Kita Dengan Emas Yang Bertahan Lama.

Ibu bapa prihatin sekalian.

Tukarkan duit raya anak-anak kita kepada  emas. Nilai emas yang kekal dalam jangka panjang sangat sesuai untuk tabungan pendidikan anak-anak kita. 

Tiba masa nanti, emas tu boleh digunakan untuk menampung pelbagai kos mereka masuk universiti atau kolej nanti.

Emas juga sangat kalis inflasi dan sesuai mengikat nilai duit RM daripada kejatuhan nilai dalam jangka panjang. 

Walaupun 10 tahun kita menyimpan duit raya anak-anak kita dalam bentuk emas, nilainya dapat membeli barang yang sama masa akan datang.

Mulakan 1gram hari ini. Dapat duit raya nanti, alih cepat-cepat menjadi emas.

Kepada Ibu bapa yang mahu alihkan duit raya anak-anak kepada emas, buka Akaun Emas GAP Junior atau beli 1 dinar sekeping.

Alihkan Duit raya anak-anak kita kepada emas walaupun dengan hanya RM100 sahaja. 

Begitulah.

Bagi yang nak bermula, klik link ni www.wasap.my/60162151090/NakSimpanEmas. Saya bantu sebaiknya.

Mana Nak Laburkan Duit KWSP RM10000?

Gais,

Saya pasti ramai orang yang ambil peluang untuk mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kan?

Jadi ada orang tanya. Buat beli emas bagus ke tak?

Well, saya ada pengalaman mengeluarkan duit dividen dan bonus ASB untuk tujuan beli emas fizikal 100 gram.

Tahun 2009, saya dapat dividen dan bonus ASB berjumlah RM15,457 (tengok gambar)

Tanpa berfikir panjang saya keluarkan semua duit ini dan beli emas fizikal 100gram.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2009, harga emas 100gram 999.9 hanyalah sekitar RM12,000.

Kenapa saya keluarkan duit ini dan beli emas fizikal?

Salah satu sebabnya adalah emas fizikal nie seronok bila boleh pegang di tangan.

Rasa teruja dia lain macam berbanding tengok nombor dalam statement ASB. Nombor nie kita seronok tengok sahaja tapi emas fizikal kita seronok tengok dan pegang.

Keseronokan memegang emas fizikal inilah yang mendorong saya mengumpul emas sedikit-demi sedikit sampai jadi banyak.

Jadi, kalau anda nak keluarkan duit KWSP dan beli emas fizikal. Yes saya boleh syorkan, sebab saya ada pengalaman tu.

Sayangilah duit anda. Jangan dihanguskan sesuka hati. Sebab sekali duit hangus memang akan menyesal di kemudian hari.

Namun kalau anda gunakan untuk beli aset fizikal seperti emas dan perak, nescaya dalam jangka masa panjang anda akan tersenyum 🙂

Sebagai contoh, emas 100 gram yang berharga RM12,000 pada tahun 2009 kini telah berharga RM27,700 pada tahun 2022.

Kenaikan 130.83% .

Alhamdulillah. Siapa nak bagi?

 

Buat-buat Miskin?

Kadang tu kita dah buat bajet untuk bulan ni, dan berjanji dengan diri sendiri tak boros, dan beli banyak benda.

Tapi entah macam mana, terbeli juga. Siapa pernah jadi macam ni? Masalah ni pun kerap berlaku bila masuk kedai Eco ataupun Mr Diy

Nak beli satu, sekali keluar 10. Huhu. Pernah saya tanya mentor saya, macam mana nak kurangkan penyakit buat-buat terbeli ni?.

Jawapan dia : “Buat-buat miskin”

Eh, buat miskin? Macam mana tu?

Ini panduan untuk buat-buat “miskin” :

1. Setiap kali dapat gaji / untung berniaga, terus tolak untuk simpanan @ pelaburan.

2. Terus bayar komitmen bulanan secara autodebit. Bil kereta, bil electrik, bil rumah sewa dan sebagainya.

Sedekah dengan zakat, jangan lupa tau.

Setel yang penting dulu.

3. Yang baki tu lah, untuk dibelanjakan.

4. Elakkan link kad kredit dalam app shopping online. Sebab yang itu boleh buatkan kita rasa kita “kaya” daripada biasa.

5. Sebelum nak beli apa-apa, tengok akaun bank, dan terus rasa miskin. Jadi tak lah kita terbeli benda-benda yang macam tak perlu lagi.

Kadang kita teremosi dengan nombor. Rasa no makin banyak, kita rasa mampu nak beli banyak benda.

6. Kalau belanja di tempat luar, buat satu list barang apa yang nak dibeli. Kemudian ikut list barang tersebut.

7. Sebab duit ni kalau tak dicuri inflasi, kita yang akan “curi” dulu.

8. Hati-hati dalam melihat iklan di social media, sekarang zaman makin canggih, sistem makin mudah, sebab itu wang kita pun makin bocor.

9. Cabaran anak muda sekarang makin lama, makin mencabar untuk buat simpanan.

Tapi yang dapat cekal fokus, hujung nanti dapat rasa nikmatnya.

Begitulah jawapan dia, “buat-buat miskin”.

Jom belajar “buat-buat miskin” dengan simpanan emas.😍😬

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!