Simpan Emas Merugikan.

Ya, andaikata kita simpan emas tanpa ilmu.

Kalau ada ilmu, nescaya kita tak akan rugi bahkan untung banyak.

Ada 3 sebab penyimpan emas tak akan rugi.

Baca satu-persatu.

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Sebab kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa biasa.

Penyimpan emas yang berilmu, dia akan beli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 – 3 tahun.

2. Emas adalah duit tunai juga.

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot.

Siapa ada emas, sudah tentu ada duit. Siapa ada duit, belum tentu ada emas!

3. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh kosong. Belum pernah dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!

Dah faham kan?

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *