Guru emas saya pernah beritahu, salah satu kelebihan emas adalah ia boleh menjadi insurans kekayaan.
Apa maksudnya?
Maksudnya, ia membolehkan anda kekal kaya walaupun dalam situasi extreme.
Sebagai contoh, jika anda simpan emas di rumah. Jika berlaku kebakaran… semua harta benda akan musnah kecuali emas. Walapun takat lebur emas adalah 1063 Celcius, namun emas yang lebur tidak hilang nilainya gais.
Emas juga tidak boleh dimusnahkan. Jika tanam dalam tanah ia tidak reput, masuk laut pun ia tetap bertahan.
Nilai emas ada pada dirinya sendiri. Sebab itu jika anda beli emas kat mana-mana tempat sekali pun, anda tak perlu risau jika kedai tersebut gulung tikar. Emas anda tetap bernilai.
Ini berbeza dengan kekayaan dalam bentuk kertas. Ia hanya bernilai jika mempunyai sokongan daripada institusi yang mencipta kekayaan tersebut.
Contoh, Unit Trust bernilai selagi mana company unit trust tersebut wujud. Saham hanya bernilai selagi mana syarikat tersebut wujud. Wang kertas hanya bernilai selagi mana kerajaan yang mengeluarkan duit tersebut wujud.
Dalam situasi extreme seperti peperangan, anda terpaksa tinggalkan kekayaan dalam bentuk rumah dan tanah. Tak boleh bawa lari.
Namun anda boleh bawa emas bersama-sama anda dan lari kemana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia pasti diterima oleh manusia lain sebagai benda bernilai.
Emas, jika di dalam bentuk barang kemas, ia adalah harta kekayaan yang boleh dipakai dibadan.
Sejak 6000 tahun manusia mengiktiraf emas ada nilai. Dulu, kini dan selamanya.
Sekiranya anda tahu fakta ini. Saya pasti anda akan simpan emas dengan penuh ilmu. Orang yang simpan emas dengan ilmu, dia akan beli dan simpan dengan senyuman.
Begitulah katanya.
Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link di bio profile saya. Percuma saja kawan!
#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas