1 gram pertama amat penting untuk kita ada โbenchmarkโ harga, selagi kita belum mula simpan emas selagi itulah kita akan fikir emas itu mahal.
Bila dah ada benchmark harga, baru kita tahu emas sekarang murah atau mahal. Pada tahun 2000, orang tetap kata emas mahal walaupun harga emas waktu tersebut cuma RM30 per gram!
Bagi orang yang mula simpan emas tahun lepas harga RM300 per gram, harga hari ini adalah murah. Bagi yang mula simpan emas pada 6 tahun lepas harga RM150 per gram, harga hari ini adalah mahal.
Mahal atau murah harga emas tidak sama untuk setiap orang, bila dah mula simpan baru kita akan faham maksud mahal atau murah harga emas.
1 gram boleh jadi simpanan, konsisten kumpul #satugramsatubulan genap setahun dah ada 12 gram. Fokus pada gram bukan pada harga, insyaallah genap setahun capai target 12 gram.
1 gram juga boleh jadi titik permulaan untuk kita kenal syarikat emas yang kita berurusan, bila dah yakin barulah boleh melabur beratus-ratus gram emas dengan tenang.
1 gram juga boleh dijadikan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan emas, borong beratus keping 1 gram dan jual untuk dapat untung jual beli emas.
Nak untung banyak kena ada banyak keping 1 gram, kalau ada macam-macam edisi 1 gram lagi berpotensi untuk untung maksimum.
Untung jual 1 gram memang tak sama dengan untung jual 100 gram, untung 1 gram edisi classic tak sama dengan untung 1 gram edisi YDPA.
Salah satu keunikan simpan emas adalah boleh โrollingโ simpanan emas sementara tunggu harga emas naik, kiranya dapat untung 2 dalam 1; untung niaga dan untung kenaikan harga emas.
Itulah potensi keuntungan simpanan 1 gram yang kita boleh dapat, 1 kg emas bermula dari 1 gram pertama. Mula simpan dengan 1 gram jauh lebih baik dari tiada simpanan langsung!
Nak simpan emas 1 gram hari ini amatlah mudah, dengan bajet serendah RM100 hari dah boleh kumpul gram emas dalam akaun simpanan (GAP) dan keluarkan emas fizikal bila dah cukup gram.
Saya cuma kongsikan keuntungan yang saya dapat dengan 1 gram emas, dengan kaedah yang betul 1 gram tetap boleh jana keuntungan yang banyak
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Insyaallah.
Saya ada kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link di bio profile saya. Percuma saja kawan!
#HawaHussin #NotaEmasDanKewangan #KempenSimpanEmas