Gold Accumulation Program (GAP) adalah kaedah simpanan emas fizikal berketulenan 24 karat (999.9) yang diperkenalkan oleh syarikat Public Gold. GAP membolehkan anda membeli emas dengan modal serendah 1 gram atau RM100 sahaja.
3 Kelebihan GAP yang perlu anda tahu:
- Mudah
- Murah
- Patuh Syariah
1 | Mudah
- Proses beli emas /jual balik / semakan akaun emas GAP anda boleh dibuat secara online. Ia sungguh mudah!
- Setiap pembelian emas melalui GAP akan disimpan ke dalam akaun GAP anda secara automatik dan PERCUMA.
- Anda boleh mengeluarkan emas fizikal anda bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
- Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP dengan berat serendah 1 gram.
- Anda boleh membuka akaun GAP untuk anak anda (akaun bersama). Salah seorang daripada ibu bapa akan menjadi pentadbir akaun tersebut. Setelah anak anda mencapai usia 18 tahun maka akaun ini akan ditadbir sendiri oleh mereka. Bayangkan, dengan GAP anak anda boleh memiliki simpanan emas mereka sendiri.
2 | Murah
- Akaun GAP membolehkan anda membeli emas serendah 1 gram atau RM100 sahaja. Namun jika anda mempunyai modal yang besar, maka anda boleh membeli emas GAP tanpa had. No problem!
- Jika anda berminat mengumpul koleksi emas 1 gram Public Gold, kaedah GAP membolehkan anda gold bar 1 gram pada harga yang jauh lebih murah berbanding membeli jongkong emas 1 gram secara runcit.
3 | Patuh Syariah.
Pembelian emas melalui akaun GAP disahkan patuh syariah. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan isu syariah apabila membeli emas secara GAP.
Ini adalah sijil pengiktirafan patuh syariah untuk GAP. Sijil ini dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat penasihat syariah terkemuka di Malaysia. Website mereka boleh dilawati di http://amanieadvisors.com/