APA ITU PENJARA KEHIDUPAN?

Salah satu senario yang paling menggerunkan dan menyedihkan dalam kehidupan ialah untuk menjadi papa di usia tua.

Ini saya belajar daripada Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan.

Mengapa saya berkata demikian? 

Senang saja. Jika kita papa kedana semasa masih muda. Itu ok.

Sebab banyak benda yang kita boleh lakukan untuk keluar daripada kemiskinan ini.

1. Kita boleh menambah ilmu

2. Berkerja keras

3. Berkerja bijak

4. Mengambil risiko 

Dan banyak lagi perkara untuk membina hidup yang lebih baik.

Tetapi apabila kita sudah tua, dan papa kedana, kita tidak akan dapat keluar dari penjara ini. 

Kenapa?

Sebab kita sudah tidak mempunyai tenaga, kesihatan dan malah masa untuk memperbaiki situasi ini.

Jadi apa yang kita perlu buat untuk mengelakkan situasi ini?

Salah satu langkah wajib kita buat hari ni ialah menyediakan simpanan khas untuk persaraan seawal boleh.

Emas adalah salah satu aset yang sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan untuk persaraan. 

Ini kerana emas beraksi dengan amat baik walaupun nilai duit kertas kita jatuh dimamah oleh inflasi setiap tahun. Bahkan ekonomi dan politik tak stabil, nilai emas tak tergugat.

Dan lagi satu, tak mudah kita belanjakan, jadi terselamat dari dirompak oleh diri sendiri.

Dah faham kan? Jom simpan emas untuk bersara selesa akan datang

Saya sudah bermula.

————

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *