Beli rendah, jual tinggi?


Ini cuma salah satu kelebihan simpan emas.

Oleh kerana faham satu kelebihan ni sahaja, maka ramai yang was-was nak simpan emas. Sebab mereka hanya nak ‘keuntungan’ semata-mata.

Kalau hanya fokus keuntungan sebegini, sudah tentu ramai yang akan kecewa terutama yang ada gram emas yang sedikit. Tapi kalau fokus untuk kekalkan nilai wang, ya, kita tak akan teragak-agak nak jadikan emas sebagai aset simpanan.

Saya beri contoh mudah, bagi yang fokus pada untung:

Hari ni simpan 10gram.
Lepas tu berharap sangat 4 bulan akan datang emas naik tinggi.

Jadi, hari-hari tengok turun naik emas. Bila naik senang hati, bila turun susah hati.

Ini pula bagi yang fokus untuk kekalkan nilai wang:

Hari ni ada 10gram.
Simpan 3 tahun ke atas.

Sebab tau nilai 10gram hari ini confirm tak akan sama dengan 3 tahun akan datang kerana kuasa beli pada duit kita yang confirm merosot setiap tahun.

Contoh mudah:

Dulu saya nak dapat 5 biji karipap, saya cuma perlu keluarkan RM1. Sekarang, saya kena keluarkan sekitar RM 2.50 untuk dapat karipap yang sama.

Bilangan karipap sama tapi jumlah duit kena bertambah.

Sebab itu, penyimpan emas yang berilmu sentiasa tersenyum kerana sudah tau mana fokus yang betul dalam menyimpan emas.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *