Kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚

Gais,

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih 😃

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.
2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.
Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

#NotaEmasSyukorHashim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *