10 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Simpan Emas. No. 10 ramai yang tak tahu dan sehingga nama anda muncul dalam CTOS & CCRIS.
Berikut adalah senarainya:
1. Emas adalah DUIT.
Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu. 1 dinar = 4.25g emas.
2. Emas TIADA DIVIDEN.
Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.
3. Emas ada SPREAD value @ SUSUT NILAI.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita.
Namun spread value mungkin jadi seolah-olah ‘tiada’ jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.
4. Goldbar/dinar boleh diPAJAK.
Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak.
Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan sesetengah goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.
5. Pastikan ada MATLAMAT simpan emas.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 2-5 tahun keatas. Nak buat wang hantaran ke, selesaikan PTPTN ke, pergi haji ke dan bermacam lagi.
6. BARANG KEMAS (e.g. 916) tidak sesuai untuk simpanan.
Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi (20-30%) kerana caj upahnya yang tinggi.
Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.
7. Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas.
Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita (emas, TH, ASB, unit trust, saham, hartanah).
8. Masa terbaik BELI emas adalah 10 Tahun lalu tapi Masa KEDUA TERBAIK adalah SEKARANG.
Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.
9. Masa terbaik JUAL emas ialah apabila perlukan duit.
Tak kiralah ketika itu harga emas turun @ naik.
Jika rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun saat kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir belum tentu kita mampu menyimpan duit sebyk mana kita menyimpan emas itu.
10. Jangan pajak emas di bank utk elak CTOS & CCRIS
Ia akn menyukarkan kita utk membuat apa² pinjaman bank pd masa akn dtg jika sudah ada rekod nama kita dlm CTOS & CCRIS.