2 langkah mengira dana kecemasan dalam bentuk gram emas

“Saya nak simpan dana kecemasan dalam bentuk emas. Dah simpan dalam bentuk duit, asyik bocor je”

Ok, saya faham. Saya pun sama.

Ini saya buat awal-awal saya belajar kumpul dana kecemasan dalam bentuk emas. Contoh nak 3 bulan gaji

Gaji bulanan: RM 3000

Harga emas semasa: RM 278

2 langkah kiraannya:

1 | Bahagi gaji bulanan dengan harga emas semasa:

RM3000/RM278 = 10.79 gram

Lebih kurang ~ 11 gram

2 | Darab dana kecemasan dengan 3 bulan gaji

= 11 gram x 3 bulan

= 33 gram

Jadi, 33 gram emas ini yang akan jadi matlamat kita sekarang.

Dah faham kan? Boleh mula buat hari ni ya. Semoga kita semua ada dana kecemasan selepas ni. 

#hawahussin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *