Orang beli emas secara ikut-ikutan tanpa ilmu akan rugi dan sentiasa resah. Harga emas naik, susah hati dan harga emas turun pun susah hati.
Bagi yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun sentiasa senyum dan happy. Sebab dia tahu nak buat apa.
Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi:
1) Harga emas confirm naik dalam jangka panjang
Ini disebabkan kuasa beli duit semakin turun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek perkara biasa. Penyimpan emas yang berilmu, dia beli emas gunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2-3 tahun.
2) Emas adalah duit tunai juga
Jika perlu duit tunai, dia boleh jual emas atau gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!
3) Harga barang naik, harga emas turut sama naik
Harga barang naik (inflasi) petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan inflasi.
4) Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham
Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya takkan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.
Orang yang tak ada ilmu, takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!
#hawahussin