2 prinsip penting untuk berjaya menyimpan.
Ini saya amalkan selepas belajar dari mentor kewangan saya.
1. Paksa diri menyimpan
Kalau ikutkan hati, belanja lebih seronok berbanding menyimpan. Jadi, nak berjaya ada simpanan, paksa diri simpan 10% daripada pendapatan, selebihnya baru belanja.
2. Lupakan simpanan
Simpan dan lupakan. Kalau simpan dalam ASB, elakkan selalu check baki duit supaya kita ‘lupakan’ simpanan tu. Kalau selalu check, kita akan selalu ingat dan cepat bocor.
Pengalaman saya sejak 8 tahun lepas, satu cara berkesan melupakan simpanan ialah dengan tukar duit kepada emas.
Sebab apa?
Emas tak ada nombor-nombor ringgit, yang ada hanyalah gram. Jadi, ia gagal menjentik nafsu berbelanja sebagaimana duit.
Nak mula simpan emas, boleh mula dengan bajet sendiri. Nak mula dengan 1gram, 10gram, 20gram atau lebih pun boleh.
Saya beri contoh 1gram 1bulan. Setiap kali dapat gaji, paksa diri menyimpan 1gram.
Buat konsisten.
Sedar tak sedar, selepas setahun kita ada 12 gram, tapi biasanya ramai yang ada lebih. Itulah simpanan kalis boros dan saya tambah satu lagi, kalis inflasi!
Dah faham kan?
Semoga bermanfaat ya.
Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!