Matlamat utama dalam menyimpan emas.

Jadikan ini sebagai matlamat utama dalam menyimpan emas.

Apa dia tu?

Menyimpan emas tanpa ada matlamat memang susah, ia umpama memandu kereta tapi tak tahu nak tuju ke mana.

Akhirnya, tak sampai ke mana-mana pun!

Jadi cara untuk memotivasikan diri untuk menyimpan, setkan matlamat!

Sebagai permulaan, setkan matlamat untuk cukupkan simpanan dana kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji.

Di sini saya syorkan, simpan dana kecemasan dalam bentuk emas.

Kenapa nak simpan dalam bentuk emas? Kenapa tak dalam bentuk duit tunai?

Benar, sebaiknya dana kecemasan adalah dalam bentuk tunai. Cuma masalah yang mungkin akan timbul ialah, simpanan tunai tu akan bocor!

Melainkan kita sangat kuat untuk menahan nafsu membelanjakan duit tu.

Manusia ni ada deria yang kuat pada duit. Di mana ada duit, ada je rasa gatal nak keluarkan dan gunakannya!

Sampai bila dana kecemasan tu nak cukup kalau asyik dikorek je?

Lebih baik tukarkan dalam bentuk emas. Emosi pada duit cenderung untuk kita membelanjakannya, emosi pada emas cenderung pada menyimpannya! Emosi simpan emas lebih selamat.

Saya juga apply idea ni, mencukupkan dana kecemasan saya dengan bentuk emas!

Selain itu, dalam jangka masa panjang nilai emas saya akan naik.

Begitulah rasionalnya mengapa digalakkan simpan emas sebagai dana kecemasan.

Setuju?

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *