Bagi seseorang yang tidak pernah ada simpanan kecemasan, memang tidak dinafikan, menabung itu susah baginya.
Kenapa susah eh?
Ini mungkin antara sebabnya!
1) Tak ada kesedaran kenapa perlu menabung? Kenapa perlu ada simpanan kecemasan? Relax aar… muda lagi kan?
2) Bila dapat gaji, tak pernah asingkan duit untuk disimpan dahulu. Tapi selalunya memang akan belanja dulu, fikir nanti ada duit lebih, baru simpan katanya. Tapi memang sampai ke sudah, tak akan ada lebihan dan tak akan dapat menyimpan.
3) Waktu tu hanya fikir, hidup untuk enjoy. Tak perlu fikir benda yang belum jadi. Apa yang penting, enjoy jelah hidup yang kita ada ni.
4) Rasa hidup terlalu selesa. Dapat gaji boleh beli apa yang kita nak, dapat pergi mana yang kita suka.
5) Hidup tak pernah ada matlamat. Tak pernah ada perancangan 5 tahun akan datang? Berapa simpanan yang kena ada untuk masa hadapan?
6) Tak pernah baca buku-buku kewangan. Suka baca novel dan hidup dalam alam fantasi. Tengok drama tak pernah missed!
7) Tak berada dalam circle yang positif tentang kewangan.
Inilah kebanyakan orang kita di dalam masyarakat. Sebab tu Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa lebih 75% rakyat Malaysia tak ada wang simpanan walaupun serendah RM100!
Memang tak pernah ada simpanan kecemasan walaupun seribu seringgit. Bukan tak mampu menyimpan tapi tak ada kesedaran dan mindset yang tak betul. Tak nak paksa diri untuk cuba menabung.
Sebenarnya menabung tu tak susah bila mindset dan matlamat hidup kita jelas. Bila kita ada matlamat yang jelas, kita akan paksa diri untuk menabung agar kita dapat mencapai matlamat tersebut.
Jom paksa diri untuk menabung. Kena ingat satu perkara. Kita hidup jangan susahkan orang, bila mati pun tak akan susahkan orang dengan meninggalkan hutang. Menabunglah untuk hari tua dan masa depan anak-anak kita. Yang tak boleh tengok wang tunai tu, jom! Simpan emas.
————
Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!