4 FORMULA MENJADI JUTAWAN EMAS

4 FORMULA MENJADI JUTAWAN EMAS

Ini formula menarik dari guru emas saya. Mari kita hadamkan dan cuba amalkan.

1. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Baca sekurang-kurangnya 10 buku tentang emas.

2. Bermula dengan kuantiti yang sedikit. Sebab kita nak dapatkan pengalaman/perasaan membeli dan menjual emas.

3. Konsisten. Semakin banyak gram emas, maka kita semakin untung Jangan sesekali berhenti walau apa pun trend harga emas.

4. Melabur besar untuk dapat untung besar. Walaupun konsisten itu penting, namun kalau anda hanya menabung 1 gram sebulan maka anda akan ambil masa melebihi 83 tahun untuk mendapat 1kilo emas.

Lambat sangat tu…

Jadi tipsnya.

Bila gaji naik, maka simpanan emas kita kena tambah. Kalau dapat bonus, masukkan dalam tabung emas. Kalau dapat apa-apa durian runtuh maka alihkan sebahagian ke dalam tabung emas.

Emas adalah harta fizikal kita.

Kita boleh pegang emas dalam tangan. Kalau perlukan duit tunai semasa kecemasan atau nak capai matlamat kewangan kita akan datang, maka emas akan membantu.

Semoga tips ni bermanfaat dan membantu sahabat semua menyimpan emas Tahun 2022.

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussinhttps://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *