Nasihat dari guru Kewangan saya, Tn Mohd Zulkifli Shafie sebelum melibatkan diri dengan apa-apa pelaburan.
1. Selagi kita belum cukup simpanan kecemasan at least bersamaan 6 bulan gaji, jangan sekali-kali kita terlibat dengan sebarang investment. Kerana kita akan selalu resah bila harga turun dan kita lebih cenderung untuk membuat keputusan yang tidak rational tentang apa yang kita invest.
2. Nak buat investment, jangan sesekali buat loan. Itu adalah silap besar, silap-silap untung investment ni nak bayar interest loan pun tak lepas. Pelaburan ni, rugi confirm dalam tangan tapi untung belum tentu.
3. Nak invest guna duit lebihan, bukan duit yang kita nk belanja. Orang kaya melabur menggunakan duit lebih yang dia ada sebab tu mereka relax je parking duit. Tapi kebanyakkan orang kita melabur guna duit yang tak berapa nak ada sebab nak cari duit lebih. Jauh beza tu.
4. Jangan sesekali invest dalam pelaburan yang kita tiada ilmu tentangnya. Investment yang paling untung adalah invest kepada diri sendiri & ilmu. Bukan hartanah, bukan saham, bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentangnya.
Personally saya sendiri, bila saya suggest rakan-rakan untuk jadikan emas sebagai simpanan. Bukan bermaksud saya minta anda invest dengan emas tapi lebih kepada jadikan emas sebagai simpanan. Guru emas saya juga selalu pesan, selagi kita belum ada dana kecemasan 6 bulan gaji, jangan terlibat dengan apa-apa pelaburan termasuklah pelaburan emas.
Cumanya, jika kita dah bekerja beberapa tahun, tapi masih gagal untuk ada cash sebagai simpanan kecemasan at least 3 – 6 bulan gaji, kajian yang dibuat, lebih dari 70% rakyat Malaysia yang tidak ada simpanan kecemasan walaupun RM1000, ini sangat-sangat membimbangkan.
So alternative nya, kalau kita memang susah & terbukti gagal menyimpan, kita boleh jadikan emas sebagai simpanan kecemasan, memang proven berkesan & dan dana kecemasan kita akan lebih cepat terkumpul. Antara sebab emas boleh dijadikan simpanan kecemasan ialah kerana “liquidity” emas tu sendiri, emas senang untuk di tunaikan saat diperlukan.
Di saat kita terdesak dan perlukan cash segera, kita boleh pajak atau jual sahaja emas tersebut. Even ketika harga emas tengah jatuh sekali pun, tak semestinya kita perlu jual. Jika perlukan cash, boleh pajak terlebih dahulu emas tersebut di Ar Rahnu untuk dapatkan pinjaman segera bercagarkan emas simpanan kita.
Saya bercita-cita untuk bantu lebih ramai orang yang berjaya mengukuhkan kewangan dan simpanan melalui simpanan emas.
Jika anda di antara anda yang berminat nak belajar cara mengukuhkan kewangan & simpanan melalui simpanan emas, boleh whatsapp saya, InsyaAllah saya guide sebaiknya.