Ramai yang tanya kat saya beli emas ni untuk apa selain beli harga rendah dan jual harga tinggi?
1 – Banyak fungsi simpanan emas ni bukan sekadar beli harga rendah, jual harga tinggi.
2 – Untuk mengelakkan kebocoran duit. Sesetengah orang jenis yang tak boleh simpan duit, ada saja duit, habis digunakan, jadi jalan terbaik untuk penyakit boros ni adalah dengan menyimpan emas. Jadi dia dapat mengurangkan sikap borosnya dan lama kelamaan hilang penyakit borosnya.
3 – Simpan kekayaan dia dari terus dimakan inflasi atau kejatuhan nilai ringgit. Memang kita nampak dan rasa simpan duit di bank selamat dari segi nombornya tapi dari segi nilainya tidak. Sebab duit kita semakin lama semakin susut nilainya. RM10k hari ni tak akan sama dengan RM10k 10 tahun akan datang. Barang yang kita boleh beli dengan nilai 10k hari ni kita tak dapat beli 10 tahun akan datang.
4 – Duit kita pernah jatuh nilainya sebanyak 50% pada tahun 1998. Tapi keadaan ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilai pun sekurang-kurangnya emas ada di tangan kita dan selagi kita tak jual, kita tak akan mengalami kerugian.
5 – Sebelum menyimpan emas kita wajib ada dana kecemasan selama 3-6 bulan gaji. Jadi bila ada kecemasan kita tak perlu jual emas kita sebelum masanya dan kita boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
6 – Sebagai wang antarabangsa – jika kita ke Mekah atau ke negara2 lain boleh aja bawa emas dan jual di sana, sebab emas diterima di seluruh dunia, bawa la ke manapun emas laku. Ada juga yang ke Mekah jual emas di sana dan dia kata lebih menguntungkan berbanding tukar duit kita ke Riyal.
7 – Jika ada apa-apa berlaku di negara kita, sekurang-kurangnya kita ada emas di tangan dan boleh di bawa lari. Contohnya, sejarah orang Vietnam lari ke negara lain, mereka bawa emas utk menampung kehidupan mereka di negara lain. Jika bawa buku Tabung Haji atau duit Ringgit kita memang tak laku di negara lain. Jadi simpanlah kekayaan kita sekurang-kurangnya 10% dalam bentuk emas. Negara-negara yang pernah mengalami peperangan mereka memang tak percaya pada sistem pembankan mereka.
8 – Jika kita nak jadi pelabur, iaitu beli harga rendah dan jual harga tiinggi, kita perlu ada kemahiran analisis teknikal harga iaitu membaca kenaikan harga emas. Jadi kita tahu bila masa terbaik untuk beli dan bila masa terbaik untuk jual. Tapi silapnya kita, bila masa terbaik untuk jual, kita beli pula sebab beli secara ikut-ikutan, bila orang kata untung beli emas sebab emas sedang naik dan naik, kita pun turun beli, tiba-tiba harga jatuh merudum, terus kita bagitahu semua orang yang beli emas rugi sebab harga tak naik-naik, sedangkan itu adalah kesilapan kita sendiri.
9 – Tapi kesilapan itu sebenarnya boleh dibetulkan dengan membeli lebih banyak emas ketika harga merudum utk buat pemurataan. Tapi kita dah serik dan tak nak beli lagi sebab kita kurang ilmu sebenarnya.
10 – Emas seeloknya kita beli sikit -sikit setiap bulan secara istiqamah. Contoh: sebulan segram atau sebulan 1 dinar sebab macam ni senang kita nak buat kos pemurataan berbanding beli 10 gram lepas tu setahun tak beli dah.
11- Emas amat bermakna untuk mereka yang diistiharkan muflis. Sebab kadang-kadang kita diistiharkan muflis bukan disebabkan kita tapi disebabkan kita jadi guarantor (penjamin). Bila diistiharkan muflis semua duit di bank, tanah, rumah dan harta-harta yg lain dibekukan kecuali EMAS. Jadi ini juga salah satu sebab kenapa kita harus simpan emas.
12 – Emas juga tak ada dalam mana-mana sistem kewangan, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas. Bagi orang-orang kaya, mereka memang suka simpan emas untuk lari dari pentafsiran harta kekayaan mereka.
13 – Tentang zakat, bayar saja, sebab janji Allah pasti 1 yang kita beri 10 yang Allah ganti.
Begitulah.
Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!