Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.
Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang diboleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.
Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju…
Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.
Apa jadi pada harta yang lain?
Jual atau tinggalkan!
Itu sahaja pilihan yang mereka ada.
Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.
Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.
Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.
Nilainya kosong!
Emas berbeza.
Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.
Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa…
Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan itu.
Emas adalah BENTENG TERKAHIR…
Begitulah.
Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!