Berikut adalah tabiat ataupun amalan untuk menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kita, tak percaya tak apa, amalkan dahulu, percaya kemudian 😄
- Sentiasa Bersyukur
Maksud sentiasa bersyukur disini ialah kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan merungut dengan benda yang kita tak ada.
2. Berani Mengambil Risiko
Setiap kejayaan dan kekayaan yang kita nak capai, akan ada risikonya yang tersendiri. Hadap risiko tersebut dan In Syaa Allah, kejayaan dan kekayaan akan datang.
3. Duduk Dalam Circle Yang Positif
Duduk dalam circle orang yang berjaya, ia akan trigger kita untuk berjaya juga. Salah pilih circle, maka menyimpang la hala tuju kita.
4. Beri Lebih Banyak Sumbangan
Sedekah tidak akan memiskinkan kita. Beri lebih sumbangan dan sedekah untuk membantu lebih ramai orang. In Syaa Allah rezeki kita akan semakin bertambah. Niat kerana Allah.