Mana Nak Laburkan Duit KWSP RM10000?

Gais,

Saya pasti ramai orang yang ambil peluang untuk mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kan?

Jadi ada orang tanya. Buat beli emas bagus ke tak?

Well, saya ada pengalaman mengeluarkan duit dividen dan bonus ASB untuk tujuan beli emas fizikal 100 gram.

Tahun 2009, saya dapat dividen dan bonus ASB berjumlah RM15,457 (tengok gambar)

Tanpa berfikir panjang saya keluarkan semua duit ini dan beli emas fizikal 100gram.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2009, harga emas 100gram 999.9 hanyalah sekitar RM12,000.

Kenapa saya keluarkan duit ini dan beli emas fizikal?

Salah satu sebabnya adalah emas fizikal nie seronok bila boleh pegang di tangan.

Rasa teruja dia lain macam berbanding tengok nombor dalam statement ASB. Nombor nie kita seronok tengok sahaja tapi emas fizikal kita seronok tengok dan pegang.

Keseronokan memegang emas fizikal inilah yang mendorong saya mengumpul emas sedikit-demi sedikit sampai jadi banyak.

Jadi, kalau anda nak keluarkan duit KWSP dan beli emas fizikal. Yes saya boleh syorkan, sebab saya ada pengalaman tu.

Sayangilah duit anda. Jangan dihanguskan sesuka hati. Sebab sekali duit hangus memang akan menyesal di kemudian hari.

Namun kalau anda gunakan untuk beli aset fizikal seperti emas dan perak, nescaya dalam jangka masa panjang anda akan tersenyum 🙂

Sebagai contoh, emas 100 gram yang berharga RM12,000 pada tahun 2009 kini telah berharga RM27,700 pada tahun 2022.

Kenaikan 130.83% .

Alhamdulillah. Siapa nak bagi?

 

Buat-buat Miskin?

Kadang tu kita dah buat bajet untuk bulan ni, dan berjanji dengan diri sendiri tak boros, dan beli banyak benda.

Tapi entah macam mana, terbeli juga. Siapa pernah jadi macam ni? Masalah ni pun kerap berlaku bila masuk kedai Eco ataupun Mr Diy

Nak beli satu, sekali keluar 10. Huhu. Pernah saya tanya mentor saya, macam mana nak kurangkan penyakit buat-buat terbeli ni?.

Jawapan dia : “Buat-buat miskin”

Eh, buat miskin? Macam mana tu?

Ini panduan untuk buat-buat “miskin” :

1. Setiap kali dapat gaji / untung berniaga, terus tolak untuk simpanan @ pelaburan.

2. Terus bayar komitmen bulanan secara autodebit. Bil kereta, bil electrik, bil rumah sewa dan sebagainya.

Sedekah dengan zakat, jangan lupa tau.

Setel yang penting dulu.

3. Yang baki tu lah, untuk dibelanjakan.

4. Elakkan link kad kredit dalam app shopping online. Sebab yang itu boleh buatkan kita rasa kita “kaya” daripada biasa.

5. Sebelum nak beli apa-apa, tengok akaun bank, dan terus rasa miskin. Jadi tak lah kita terbeli benda-benda yang macam tak perlu lagi.

Kadang kita teremosi dengan nombor. Rasa no makin banyak, kita rasa mampu nak beli banyak benda.

6. Kalau belanja di tempat luar, buat satu list barang apa yang nak dibeli. Kemudian ikut list barang tersebut.

7. Sebab duit ni kalau tak dicuri inflasi, kita yang akan “curi” dulu.

8. Hati-hati dalam melihat iklan di social media, sekarang zaman makin canggih, sistem makin mudah, sebab itu wang kita pun makin bocor.

9. Cabaran anak muda sekarang makin lama, makin mencabar untuk buat simpanan.

Tapi yang dapat cekal fokus, hujung nanti dapat rasa nikmatnya.

Begitulah jawapan dia, “buat-buat miskin”.

Jom belajar “buat-buat miskin” dengan simpanan emas.😍😬

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Beli rendah, jual tinggi?


Ini cuma salah satu kelebihan simpan emas.

Oleh kerana faham satu kelebihan ni sahaja, maka ramai yang was-was nak simpan emas. Sebab mereka hanya nak ‘keuntungan’ semata-mata.

Kalau hanya fokus keuntungan sebegini, sudah tentu ramai yang akan kecewa terutama yang ada gram emas yang sedikit. Tapi kalau fokus untuk kekalkan nilai wang, ya, kita tak akan teragak-agak nak jadikan emas sebagai aset simpanan.

Saya beri contoh mudah, bagi yang fokus pada untung:

Hari ni simpan 10gram.
Lepas tu berharap sangat 4 bulan akan datang emas naik tinggi.

Jadi, hari-hari tengok turun naik emas. Bila naik senang hati, bila turun susah hati.

Ini pula bagi yang fokus untuk kekalkan nilai wang:

Hari ni ada 10gram.
Simpan 3 tahun ke atas.

Sebab tau nilai 10gram hari ini confirm tak akan sama dengan 3 tahun akan datang kerana kuasa beli pada duit kita yang confirm merosot setiap tahun.

Contoh mudah:

Dulu saya nak dapat 5 biji karipap, saya cuma perlu keluarkan RM1. Sekarang, saya kena keluarkan sekitar RM 2.50 untuk dapat karipap yang sama.

Bilangan karipap sama tapi jumlah duit kena bertambah.

Sebab itu, penyimpan emas yang berilmu sentiasa tersenyum kerana sudah tau mana fokus yang betul dalam menyimpan emas.