“Oh, ini kelebihan emas yang tak ada pada aset pelaburan lain!”

Saya suka petik kata Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan Malaysia. Kata beliau, semua aset akan terikat kepada sesuatu, seseorang atau beberapa sistem.

Sebagai contoh:

1. Saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. 

2. Bon terikat kepada prestasi penerbitnya.

3. Wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan. 

Emas? 

Emas berdiri sendiri, tidak terikat dengan mana-mana aset kewangan lain. Ia tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem.  

Jadi ia adalah wang dalam dirinya sendiri. 

Satu lagi yang bestnya emas, kita tak perlu buat sebarang laporan atau geran pegangan. 

Jadi, tak perlu pun nak beritahu orang lain. Maka, tak seorang pun akan tahu berapa banyak atau adakah kita mempunyai emas. 

Sebab tu, bila kita simpan emas. Kekayaan itu sepenuhnya di tangan kita. Bukan jaminan sesiapa. Emas dijamin 100% oleh berat dan ketulenannya.

Ini tak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah. 

Kita ingat sudah memilikinya, tapi cuba tak bayar cukai tanah untuk beberapa tahun.

Hah, baru kita tau siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu. Ya, milik kerajaan.

Dah faham kan? Semoga kita semua dah ada simpanan emas hari ni ya.

#hawahussin 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *