Sudah pasti hebat, malahan boleh dikatakan sebahagian besar wanita menguruskan kewangan keluarga dan diri sendiri.
Namun selain mengurus perbelanjaan, apa yang perlu seorang wanita tahu dan lakukan untuk mengurus kewangan dengan lebih baik? Jom baca:
1. Melabur – wanita perlu melabur untuk membina tabungan kecemasan. Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa depan, jadi bersedia untuk sebarang kemungkinan adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Pilih pelaburan selamat seperti ASB untuk membina tabungan kecemasan. Jika tidak bekerja, mungkin boleh ketepikan sedikit wang pemberian suami untuk dilaburkan
2. Memiliki aset – sebaiknya seorang wanita mempunyai rumah, sama ada untuk diduduki atau disewakan. Rumah adalah pelaburan jangka panjang dan amat sesuai sekiranya anda mempunyai kedudukan kewangan yang selesa.
3. Menguruskan harta untuk perwarisan – urus harta yang dimiliki ketika masih hidup dengan membuat hibah dan wasiat untuk melindungi waris tersayang dan memudahkan mereka meneruskan kelangsungan hidup selepas kita tiada. Bagi yang sudah berkeluarga, ambil tahu hak anda sebagai seorang isteri seperti harta sepencarian dan faraid untuk melindungi diri dan anak-anak.
4. Mempunyai pendapatan sendiri – walau tidak bekerja, ada banyak cara untuk mencari pendapatan sendiri seperti menulis blog, video di YouTube, khidmat terjemahan atau menjual barangan secara online seperti kek, biskut dan sebagainya.
5. Ambil Insurans/Takaful untuk perlindungan sekiranya berlaku perkara luar dugaan seperti kemalangan atau didiagnosis dengan penyakit kritikal. Insurans/Takaful penting untuk membantu kita meneruskan kelangsungan hidup dengan pampasan yang diterima. Tanpa Insurans/Takaful kita mungkin berdepan krisis kewangan kerana kehilangan sumber pendapatan atau kos perubatan yang tinggi.
Selamat Hari Wanita Sedunia. Jangan lupa, sentiasalah menambah ilmu dan pengetahuan mengenai pelaburan dan perancangan kewangan untuk hidup yang lebih selesa.