Selamat Hari Wanita!

Tentang perempuan.

1) semua perempuan suka pujian. Walau dipuji dia tetap tak percaya, cuba cakap dia gemuk. Bertahun dia ingat.

2) perempuan adalah makhluk yang sangat sensitif, lagi lagi time dia PMS, sebab tu wujud pepatah ‘mak kau hijau’

3) perempuan mahu penghargaan. Jangan lupa birthday dia. Walau sekadar ucapan pun cukup membahagiakan dia. Kalau ada surprised lagi dia teruja.

4) perempuan tetap tersenyum walau tengah sedih. Dia masih menikmati hidup, gelak dan ketawa, pergi makan sana sini. Dia nangis secara tersembunyi. Tak mungkin dia nak tunjuk muka buruk dia.

5) perempuan juga makhluk cepat move on. Dia sayang sepenuh hati. Tapi bila dia tawar hati, takkan mungkin wujud peluang kedua. Dia boleh buang kau macam tu je!

6) perempuan dengan makanan berpisah tiada. Walau impikan pinggang kerengga.

7) Selain airmata senjata seorang perempuan adalah juga suara nya. Sebab tu bila perempuan jerit anak suruh mandi, jiran sebelah turut terasa. Kata-kata nya juga ibarat pedang yang tajam.

8) perempuan adalah detektif conan tanpa sedar. Dia punya stalk tu memang habis segala sejarah dia bongkarkan

9) sebagaimana penuh memori telefon dengan gambar selfie, memori di kepala nya juga begitu. Dia mampu mengingati setiap perkara pahit dan manis. Lagi lagi bab janji, bab ungkit pun sampai ke dasar bumi dia tuntut, dia sebut.

10) perempuan ni cepat hilang akal, cepat overthinking, cepat emosi, over protective. Cuma ada masa lambat bersiap atas banyak faktor. Salah satu sebab kena siapkan anak!

11) perempuan suka cantik dan dia adalah model kepada diri sendiri sebab tu selalu tiada baju kasut tudung handbag untuk diperagakan walau hakikat ada segudang pakaian dan persalinan.

12) perempuan ternyata lebih sabar, cuma bila lapar dia kalah.

13) perempuan tak pernah salah walau dia ada rasa bersalah.

Walau apa pun, perempuan adalah bukan makhluk bumi, yang tetap punya hati dan perasan.

Tetap punya kelembutan dalam kekuatan. Tetap tersenyum manis dalam kesopanan.

Tetap multitask dalam kekalutan. Tetap memaafkan walau dalam kesakitan.

Tetap tidak mengalah walau hampir rebah.

Selamat hari wanita sedunia, semoga segala apa kita usahakan adalah kerana lillah, semoga kita berjiran di jannah.

Semoga segala kebaikan kita berolah barakah.

Hargailah setiap wanita dalam hidup anda.

************************************************
Edited:

Bukan makhluk bumi terdiri dari 2 planet, planet A dan planet B. Jika anda bukan dari tersenari di atas, anda tetap perempuan (read BMB) dari Planet B.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *