Wajarkah Menunggu Duit Lebih Untuk Melabur Emas?

Ramai orang bertangguh untuk mula melabur emas. Bertangguh adalah ‘makanan ruji’ kebanyakan kita. Harga emas turun atau naik kita masih bertangguh.

Jika kita ikuti ilmu pengurusan wang, simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak paksa tak jadi.
Bila dapat gaji, paksa diri untuk menyimpan sebahagian duit sebagai simpanan paksa dan dilupakan.
Kena reward diri dahulu kemudian barulah belanja. Reward diri itulah yang kita simpan.

Apa yang kita belanjakan itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya, apa yang kita simpan itu akan menambah kekayaan pada diri sendiri.

Jadi bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain. Nak simpanan bertahan lama, disyorkan, tukarkan duit dalam bentuk emas.

Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan sebagai dana kecemasan, pelaburan jangka panjang dan perbelanjaan yang penting di masa hadapan.

Oleh itu, kita boleh juga menyimpan 1 gram 1 bulan secara konsisten dalam akaun Emas GAP. Setahun sudah pasti ada 12 gram.

Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru hendak menyimpan, akhirnya sampai bila-bila kita tak akan menyimpan sebab duit sudah habis dibelanjakan.

Begitu.Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *