Perlukah Membuat Taksiran Cukai Pendapatan?

Sepertimana biasa, bulan Mac merupakan bulan untuk kita membuat taksiran cukai pendapatan.

Sekarang memang semakin mudah untuk membuat taksiran cukai pendapatan, hanya perlu isi borang e-filing secara online, jadi laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai seorang warga Malaysia.

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa kita kena buat taksiran cukai dan antara yang paling penting ialah kerana kebanyakan daripada kita sudahpun membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB).

Bagaimanapun PCB tidak mengambil kira potongan dan pelepasan serta rebat yang diberikan kerajaan untuk membolehkan kita mengurangkan jumlah cukai kena bayar.

Sekiranya kita tidak membuat taksiran cukai, ada kemungkinan kita membayar cukai lebih daripada yang sepatutnya dan kita tidak menerima semula lebihan cukai yang sepatutnya.

Lebihan cukai ini boleh digunakan untuk banyak perkara antaranya seperti melabur untuk membina tabung kecemasan dan membayar hutang.

Jadi, buatlah taksiran cukai pendapatan anda supaya anda dapat meminimumkan jumlah cukai perlu dibayar.

Malahan oleh kerana PCB meningkat seiring gaji yang meningkat, sikap mengelak atau menangguh membuat taksiran hanya akan merugikan kita untuk jangka panjang.

Jangan mengelak daripada membuat taksiran kerana jumlah cukai akan terkumpul dan anda mungkin boleh didakwa kerana kelaian ini.

Cuma pastikan semua resit-resit berkaitan potongan, pelepasan dan rebat yang dituntut disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *