Pengajaran dari perkongsian mentor mengenai penipuan emas.

Ini perkongsian dari mentor saya En Syukor Hashim.

Mengikut pengalaman beliau, orang dewasa belajar jauh lebih banyak daripada kesilapan berbanding daripada buat benda betul.

Dulu sewaktu mula-mula mengajar orang tentang pelaburan emas beliau seringkali ditanya soalan seperti berikut:

Contoh sebenar.

“En. Syukor, saya ada join satu syarikat nama dia Pegasus Gold Bullion. Saya beli emas, lepas tu mereka akan tolong simpankan dan setiap bulan saya akan dapat 10% pulangan setiap bulan”

Apa pendapat En. Syukor? Tanya si lelaki itu.

Syukor Hashim versi dahulu akan jawab:

“Encik, ini skim cepat kaya nie. Pelaburan emas yang betul mana bagi pulangan bulanan. Baik encik stop dari melabur dengan Pegasus Gold. Jangan ajak orang join. Nanti kalau syarikat nie lari… naya encik dan rakan-rakan”

Beliau dapati jawapan seperti ini kurang memberi kesan. Orang dewasa tak suka jika kita bagi nasihat berbentuk larangan.

Jadi apabila beliau dah cerdik sikit katanya, beliau tukar style bagi nasihat.

Beliau akan cakap seperti berikut:

Encik pernah ada pengalaman kena tipu tak?

Kalau Encik tak pernah ada pengalaman kena tipu, saya rasa encik boleh melabur kat syarikat nie .

Saya nampak encik boleh untung besar. Kalau melabur 100 ribu, setiap bulan boleh untung RM10 ribu..

Kalau syarikat nie betul… encik boleh untung banyak.

Kalau diorang tipu, at least encik akan dapat pengalaman.

Tapi kalau dah ada pengalaman kena tipu… takkan nak try sekali lagi kot?

Bila beliau jawab macam nie.. barulah orang yang bertanya tu tersengih-sengih macam kerang busuk.

Ini namanya reverse pyschology.

Bila orang dewasa pernah tertipu satu kali, nescaya kebijaksanaan dia naik 10 kali ganda.

Jadi kalau ada kawan-kawan atau sedara mara anda minta nasihat. Try gunakan jawapan beliau.

Lagi satu tips!

Jangan bagi nasihat pada orang yang tak minta nasihat.

Sebab nanti anda akan dilabelkankan sebagai orang yang cemburu, iri hati, busuk hati dan tak boleh tengok orang lain senang.

Nasihat percuma tidak ada nilai.

Orang mudah buang nasihat anda ke longkang.

Begitulah.

————

Saya kongsikan Nota Kewangan dan Pelaburan PERCUMA di Telegram. Klik link ini https://t.me/NotaHawaHussin. Percuma saja kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *