SINGKIRKAN ORANG TOKSIK & NEGATIF

Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan hal-hal yang bodoh.

Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita.

Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli.

Bukan maksud kita bodoh atau takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka? Jika tak mampu nak didik orang-orang negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.

Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah.

Singkirkan, kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.

Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala.

Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa.

Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun masih ada orang yang tak suka. Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang suka.

Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat apa.

When you’re angry with someone, 

you’re just another character in their story.

When you  make peace within yourself, 

you’re the hero in your story.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *